Friday, June 5, 2009

saat kau tiada 4

Dia masuk kedalam rumah dan terus kebilik. Alangkah terkejutnya melihat Aiman Daniel berada di dalam bilik itu sedang membaca buku di atas katil. Dia meletakkan barang yang dibeli didalam almari dan mengambil terus tuala serta baju dan tudungnya untuk membersihkan diri dan bersolat. Selepas bersolat dia mengambil bantal dan selimut diatas katil dan meletakannya di bawah. Dia baring tanpa menunggu lame dia terlena. Aiman Daniel memerhatikan tingkahlaku isterinya itu dan membiarkannya. Dia pelik dengan isterinya itu dari semalam mereka diijabkabulkan dia tidak pernah melihat rambut isterinya itu walaupun Syazika Syamimi tidur dia tidak membuka tudungnya. Dia memerhatikan isterinya tidur, dia terpegun melihatnya kerana wajah bersih itu kelihatan tersenyum walupun sudah terlena dibuai mimpi. Tanpa disangka kain batik yang dipakai isterinya itu terselak menampakkan betisnya yang putih melepak dia takut akan berlaku sesuatu. Bila seorang lelaki bersama seorang perempuan berdua-dua dan ditengahnya syaitan. Disegera menutup lampu bilik dan baring dan membayangkan keletah Anis tadi dia merasa sungguh gembira. Akhirnya di terlena hingga keesokkan harinya.

*************************************************************

Sudah dua bulan mereka menjalani alam rumah tangga mereka. Tetapi mereka tetap seperti dahulu. Lagi-lagi bila sudah tinggal dirumah sendiri. Selepas sebulan mereka menjadi suami isteri Aiman Daniel mencadangkan mereka tinggal dirumah lain. dia telah membeli apartment di Bukit Kiara. Cukup untuk tinggal mereka berdua. Mereka tinggal di bilik berasingan kerana Aiman Daniel inginkan bilik untuk dia bersendirian. Syahzika Syamimi akur dengan permintaan itu. Pada suatu pagi sedang mereka menikmati sarapan tiba-tiba Aiman Daniel bersuara “ Malam ni syarikat mengadakan Majlis Ulang Tahun syarikat yang ke-25. Daddy mengajak kau datang sekali. Kau pergi dengan aku malam ni.”kata Aiman Daniel dengan menyuap roti bakarnya itu. “baiklah zika ikut je”jawab Syahzika Syamimi. Aiman Daniel terus menyuap makanannya dan bangkit dari kerusi untuk ke pejabat. Setelah Suaminya itu pergi,dia terus menghubungi Mastura untuk memberitahu tentang jemputan itu. Dia risau pakaian pe yang harus digunakan dan bagaimana penampilannya nanti. Dia betul-betul rungsing. Akhirnya dia teringat baju kebaya yang diberi oleh Mastura. Dia segera kebilik nya dan mencari baju kebaya itu setelah puas mencari akhirnya dia menjumpai barang yang dicari. Dia mencubanya dan cuba mengayakan dihadapan cermin. Tiba-tiba telefon bimbit nya berbunyi dan dia segera mendapatkan telefon itu dan menjawab panggilan itu. “hello, zika kau dah jumpa ke baju yang ko nak gunakan kat majlis tu nanti?”tanya Mastura terus.
“ish kau ni tak menyempat tul la. Dah aku dah jumpa aku pakai baju yang kau bagi kat aku tu. Ko rasa sesuai x?”Zika membalasnya. “aku rasa okey je, tak pe la nanti aku datang rumah kau,aku make-upkan kau okey.” cadang Mastura. “tak menyusahkan kau ke?”tanya Shayzika Syamimi lagi. “ala pe salahnya untuk kau kan. Manala tahu ko jumpa Mr. Right kat sana lak kan.” Gurau Mastura dan mereka ketawa bahagia. “pe kau ni aku pergi dengan suami aku la. Dah la pe2 hal kita jumpa kat umah aku k.” kata Syazika Syamimi sambil ketawa dengan gurauan kawanya itu.

2 comments:

  1. ok.. cuma... letakla koma di tempat yang sepatutnya. xlah straight sangat. hehehe...
    anyway, viewla..
    http://world-nextparadise.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. ok la, not bad...xsbr nak tau seterusnya..;)

    ReplyDelete