Thursday, June 4, 2009

saat kau tiada 3

“Mas!!! Ya-Allah cantiknya kau ni. Aku rindu kat kau” kata Syazika Syamimi sambil memeluk erat Mastura. “wei..lemas lah aku kalau kau peluk aku macam ni. Mati lak aku karang.” Gurau Mastura sambil ketawa. Sememangnya dia lemas diperlakukan begitu tapi digembira berjumpa dengan Syazika Syamimi dan dia memang amat merindu sahabatnya itu. Setelah lame pelukan mereka beriringan jalan bersama-sama. Mereka bergelak ketawa dengan puas bila mengingatkan kisah-kisah silam. “kau ingat tak masa kita jatuh dalam longkang kat belakang umah pak cik Leman dlu? Mase tu kau, aku,. Siti, Dayah, Boboy, Ejai, Atin, Nor dengan Ida tengah bergayut kat 1 pelepah pokok kelapa kan. kita tak sedar yang pelepah tu dah tinggal tunggu masa je.Gayut punya gayut sume jatuh dalam longkang tu kan. Paling teruk sekali aku la yang kena sebab aku jatuh dulu jatuh pastu sume himpap aku kan. Aku rasa macam mandi sungai lak tau.”kata Syazika Syamimi Sambil tertawa tak berhenti-henti. “tu la perkara paling kelakar yang berlaku masa zaman kecik-kecik dulu. Mana boleh aku lupa suma tu. It’s so sweet memories tau.” Jawab Mastura sambil menekan perutnya yang senak akibat banyak ketawa.

Beginilah mereka bila berjumpa mereka akan mengenag masa lalu dan tertawa hingga tak memikirkan orang lain yang melihat mereka. Dengan tiba-tiba sahaja Syazika Syamimi berhenti ketawa apabila melihat sepasang manusia melintas dihadapan meja mereka. Dia kenal mereka itu, ia dia pasti itu ialah suaminya yang sedang leka memeluk pinggang Anis dengan mesra. Aiman Danial terkedu apabila meliaht Syazika Syamimi berada di situ. Syazika Syamimi melemparkan senyuman manis buat mereka tetapi dihatinya hanya tuhan saja yang tahu. Senyumannya itu dibalas dengan jelingan tajam oleh Anis dan mereka segera berlalu dengan pantas. “siapa tu” tanya Mastura. Semasa majlis perkawinan Syahzika dulu dia tiada kerana mengikut bosnya ke luar Negara atas urusan perniagaan syarikat tempat dia berkerja. “erm kalau kau nak tahu tu lah suami aku dan yang sebelah dia tu buah hati dia. Aku dan dia dipaksa berkawin dan dia bagi tempoh perkawinan kitaorang ni selama setahun sje. Aku terpaksa terima sebab ini wasiat datuk aku. Aku tak nak hampakan perasaan orang tua aku so aku setuju je lah. Sebelum majlis berlangsung dia dah beritahu segala-galanya dan kami bertiga berjumpa. Aku redha dengan apa yang berlaku. Aku harap kau tak beritahu keluarga aku nanti. Aku tak nak mereka kecewa dengan pilihan mereka ni.”jawab Syazika Syamimi dengan panjang lebar serta merayu jangan memberitahu keluarganya.

Dia tidak mahu keluarganya itu susah hati. Dia rela menjadikan dirinya mangsa kekejaman tetapi tidak sanggup megecewakan hati orang tuanya. Biarlah dia menanggung deritanya seorang diri. “Ya-Allah, Zika kau sanggup menderita sampai macam ni sekali. Apa guna korang berkawin. Kalau korang buat haluan masing-masing?tak guna okey?”.nasihat Mastura dengan suara yang sebak. “Dah lah, perkara da lepas. Biar la dia dengan buah hatinya tu yang penting aku happy dengan hidup aku sekarang ni. Dan aku happy sangat-sangat dapat berjumpa dengan model terkenal ni.” Kata Syahzika Syamimi dengan suara gembira yang dibuat-buat. Mereka beriringan jalan dan membeli sedikit barang-barang. Tanpa Syazika Syamimi sedar, Mastura telah membelikannya sepasang Kebaya Nyonya yang berwarna hijau. Katanya itu hadiah Perkawinannya. Syahzika Syamimi tersenyum dan menerima hadiah tersebut dan memikirkan bila agaknya dia akan memakai pakaian itu. Selama ini dia tidak mempunyai kebaya sebegini kerana di kampung agak mahal dan dia tidak mampu untuk membeli baju itu. Sebenarnya dia sudah lame meninginkan kebaya itu. Akhirnya hajat untuk memilik kebaya itu tercapai juga. Dia memeluk Mastura dengan erat dan tanpa segan silu dia mencium pipi kawannya itu. Mereka berjalan keluar untuk pulang ke rumah kerana waktu itu sudah pukul 8.30 malam. Mastura menghantarnya kerumah dan menolak pelawaan untuk masuk ke dalam rumah kerana ada janji lain. mereka berjanji akan ketemu juga dan Mastura memberitahunya yang dia akan sokong pe yang Syahzika Syamimi buat dan dia akan membantunya. Syazika Syamimi melihat kereta Mastura meluncur pergi.

1 comment:

  1. kalau boleh kan nak menulis tu jangan dipaksa2 idea tu. just be yourself...
    maybe boleh jadi lebih baik...
    jangan down tau...
    teruskanlah tulis...
    the idea is there just nak cantikkan lagi bagi feeling sikit sebab dia macam kaku sangat...

    ReplyDelete