Wednesday, June 10, 2009

saat kau tiada 5

Malam itu Syahzika Syamimi berasa takut dan terasa macam tidak mahu menghadiri majlis itu tetapi apakan dayanya yang dia telah berjanji dan tidak mahu mengecewakan bapa mertuanya itu. Dengan baju kebaya nyonya dan tas tangan berwarna hitam serta kasut tinggi yang dipinjamkan oleh Mastura petang tadi dia turun kebawah kerana aiman Daniel telah lama menunggunya. Dia tidak mahu suaminya itu hilang moodnya. “abang, jom la kita pergi karang terlambat lak nanti daddy n mama tercari-cari pulak.”kata Syahzani Syamimi kepada suaminya yang menghadap kebelakang. Aiman Daniel berpaling dan tergamam dengan kecantikan isterinya itu. “wow! so amazing”katanya di dalam hati. Cepat-cepat dia berpaling dan melangkah ke kereta. Sepanjang perjalanan di sentiasa mengerling wajah ayu itu. Syahzika Syamimi sedar bahawa dia menjadi renungan suaminya itu tetapi dia lagi takut dan memikirkan menghadapi majlis ini maklumlah ini majlis koprat dan pertama kali dia menghadiri majlis sebigini rupa. Sampai sahaja di pintu hotel tangannya diraup oleh Aiman Daniel dan mereka berjalan beriringan. Semua terpegun dengan pasangan yang baru sampai. Selama ini mereka tidak pernah melihat isteri bos mereka ternyata isteri bos mereka seorang yang cantik dan sejuk mata memandang. Aiman Denial tiba-tiba memeluk erat pinggang Syahzika syamimi dan tersenyum manis. Syahzika syamimi sedar ini hanyalah helah suaminya sahaja untuk kelihatan romantik di hadapan semua orangSepanjang majlis tersebut Aiman Daniel tidak lekang dari sisi Syazika Syamimi. Tangannya sentiasa didalam gengaman suaminya itu. “abang, zika nak g toilet sekejap”pinta syazika syamimi untuk melepaskan dirinya dari Aiman Daniel. Tangannya dilepaskan dengan cepat dia melangkah. Dengan tidak sengajanya dia terlanggar seseorang. “ maafkan saya encik, saya nak cepat.”ucap Syazika Syamimi. Alangkah terkejutnya dia yang dilanggar itu adalah lelaki yang pernah dicintai dan pernah disayangi olehnya. “zika? Awak ni zika kan. Zika ni farish la. Zika ingat lagi tak?” tanya lelaki tersebut. “mesti la zika ingat. Farish buat apa kat sini? Kerja kat sni ke?”kata Syazika Syamimi dengan senyum yang dibuat-buat. Hatinya menjerit geram. Teringat kembali memori bersama lelaki ini. “nanti bila Farish dah berjaya,farish nak melamar zika jadi permaisuri hidup farish. Farish takkan benarkan sesiapa rampas Zika dari farish.”Ucap farish satu ketika dahulu. Saat itu hatinya berbunga-bunga dan cintanya kepada lelaki itu sungguh mendalam. Tetapi hatinya hancur apabila mendengar Farish sudah bertunang dengan seorang gadis Bandar selepas dia diterima kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Sejak saat itu dia telah menutup hatinya untuk menerima sebarang lelaki. Tetapi apakan daya dia terpaksa berkahwin dengan Aiman Daniel. “hei zika! Pe yang awak menungkan tu, jauh nampak.”tegur Farish dengan senyum di wajahnya.” zika tersenyum manis dan Farish terpana dengan senyuman itu. Senyuman inilah yang membuatkannya tidak tidur malam dan dia amat merindui senyuman itu. “tak da apa-apa. Erm macam maner dengan tunang farish?mane dia?”ujur Syahzika Syamimi sambil matanya tercari-cari kelibat tunang Farish. “kami dah tak da apa hubungan la. Farish dapat tahu yang dia curang dengan Farish. Mula-mula tu Farish boleh terima lagi tapi dah sampai tahapnya. Biarlah dia bahagia dengan kekasih-kekasihnya. Erm macam ner dengan Zika?Macam maner boleh sampai disini?”tanya Farish dengan muka kehairanan. Setahunya Syahzika Syamimi tidak mempunyai sebarang kawan di Kuala Lumpur. Belum sempat Syahzika Syamimi menjawabnya tiba-tiba pinggangnya di peluk dari belakang. Dia terkejut dan berpaling. Suaminya itu memberikan senyum kepadanya. Dia membalasnya dengan senyuman manis. “Erm Farish you dah kenal dengan isteri I ke?” tanya Aiman Daniel kepada Farish. Semasa Aiman Daniel memeluk Syahzika Syamimi tadi dia terkejut dan bila mendengar bahawa wanita itu ialah isteri kepada pemilik syarikat ini membuatkan dia lebih terkejut. “oooh mesti lah I kenal. Kitaorang satu kampung dulu betul tak zika” jawab Farish dengan mata melirik kepada Syahzika Syamimi. Aiman Daniel sedar bahawa Farish mempunyai perasaan kepada isterinya. Tiba-tiba dia rasa ingin marah dengan pertemuan ini. Dari tadi dia memerhatikan mereka berdua. Kadangkala tersenyum,kadangkala serius. Dengan bara dihati dia sengaja melakukan aksi tadi di hadapan Farish. Semenjak dua menjak ni dia tidak tahu mengapa bayangan Syahzika Syamimi berada diingatannya. Cuma yang dipasti dia tidak suka apabila Syahzika Syamimi bercakap dengan lelaki lain dengan senyuman manis. DIA CEMBURU. “Excuse, boleh I bawak isteri I ke sana? Nak kenal kepada tetamu-tetamu lain”ujur Aiman Daniel memberi alasan. “Of course la boleh. Your wife bos.” Jawab Farish. “Nanti ada masa kita boleh jumpakan Farish. Banyak lagi yang kita boleh bualkan.”Celah Syazika Syamimi sebelum melangkah pergi. Farish cuma mengangguk tanda setuju. Didalam hatinya cemburu yang teramat sangat. Dia tidak rela Syahzika Syamimi jadi hak orang lain. Tetapi apa kan dayanya. Syahzika Syamimi telah menjadi milik orang lain.

No comments:

Post a Comment