Thursday, June 4, 2009

saat kau tiada 2

Masih terbayang-bayang pertemuan yang dirancang oleh Aiman Daniel itu. Dia berjanji dengan dirinya sendiri dia akan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri walaupun tidak diterima oleh suami sendiri.
Pada malam itu, semasa mereka berada di bilik tiba-tiba sahaja Aiman Daniel membaling bantal dan selimut di bawah katil. “kau jgn harap dapat tidur sesame aku diatas katil ni, mulai sekarang ko tidur dibawah ni. Aku jijik dengan kau apa tah lagi nak melihatnya. Diri aku ni hanya untuk orang yang aku sayang iaitu Anis. Hanya di sahaja yang aku sayang dan kau jangan harap dapat gantikan dia. Aku harap kau faham.” Kata Aiman Daniel tanpa memandang wajah Syahzika Syamimi. “baiklah kalau itu yang abang minta zika akan penuhi tetapi hanya satu je yang zika minta dari abang, tolong benarkan zika panggil abang dengan panggilan seorang isteri untuk suami walupun kita hanya suami isteri dalam kertas sahaja. Zika tak mahu keluarga abang dan keluarga zika syak apa-apa tentang hubungan lakonan kita ni. Zika harap abang faham.” Kata Syahzika Syamimi dengan pelahan dan terketar-ketar kerana takut akan suaminya itu tiba-tiba naik angin nanti. “baiklah aku setuju dengan cadangan kau tu”kata Aiman Daniel dengan tegas. “Sekarang aku nak tidur, aku penat”. Sambung Aiman Daniel dan terus terdiam. Hanya Zika sahaja yang masih terkebil-kebil lagi.tanpa dia sedar airmatanya menitis dan dia tidak ingat bila dia terlena.

Zika tersedar apabila azan berkumandang di luar sana. Dia segera bangkit dan mandi. Selepas beberapa minit dia keluar dari bilik air dia mencari dimana sejadah di bilik itu. Tetapi tidak ditemui juga lalu dia segera mengejut Aiman Daniel untuk ditanyakan dimana sejadah kerana waktu subuh hanya tinggal sedikit lagi. “ Abang.. sejadah dalam bilik ni mana? “Tanya Syazika syamimi lembut. Tetapi hanya dengusan marah sahaja yang kedengaran. Tanpa melengah masa lagi dia turun kebilik Mak Mah orang gaji dibanglo itu dan meminjam sejadah dari orang gajinya itu. Segera dia naik ke biliknya dan memunaikan solat subuh. Selepas dia menunaikan solat itu dia mencapai Al-quran yang dihadiahkan oleh Ibunya semasa hari jadinya tahun lepas. Aiman Daniel terjaga apabila telinga nya mendengar suara orang membaca Kitab Suci itu dengan begitu lunak dan merdu nya. Terbit rasa takut dalam diri nya kerana telah lama dia tidak membaca Al-Quran dan sujud menyembah Allah S.W.T. Akhirnya dia membuka mata seluas-luasnya dan duduk dibirai katil sambil memerhatikan tingkah laku isterinya itu yang sedang membaca kitab suci. Syazika Syamimi merasakan perasaannya aneh dengan tiba-tiba dan terasa diri nya di perhatikan, apabila dia toleh kebelakang alangkah terkejutnya,suaminya itu memperhatikan tingkah lakunya. “maaf kalo zika buat abang terjaga”. Kata Syahzika Syamimi dengan lembut. “Abang nak mandi ke?nak zika siapkan tuala abang?”Tanya Syahzika lagi apabila maafnya tadi tidak memdapat reaksi oleh suaminya itu. “ermm aku nak mandi” jawab Aiman Daniel dan berlalu pergi kebilik air. Syahzika Terkoncoh-koncoh membuka telekungnya dan meyarungkan tudungnya ke kepala. Dia tidak akan memperlihatkan auratnya kepada Aiman Daniel kerana disedar dia tidak dianggap sebagai isteri oleh Aiman Daniel. Dia menyediakan baju dan tuala untuk suaminya itu dan berlalu turun kedapur untuk membuat sarapan.
Sampai sahaja dia didapur dia melihat Mak Mah sedang memotong bawang untuk dibuat rencah dalam nasi gorengnya. “ada apa yang Zika boleh tolong?”Tanya Syahzika Syamimi lembut sambil tersenyum. “tak ade pe-pe nak dibantunya Puan Zika, Mak Mah boleh buat sendiri” jawab Mak Mah. “ish pe Mak Mah ni. Panggil Zika je tak payah panggil puan-puan dengan Zika tak biasa la zika bolehkan Mak Mah.” Balas zika sambil tangannya memotong kacang panjang yang ada diatas meja tersebut. “Zika tak payah la tolong Mak Mah boleh buat sendiri” ujur Mak Mah. “tak pe la Mak Mah, Zika tolong sikit je ni. Akhirnya telah siap nasi goreng untuk sarapan hari ini. Zika menyiapkan meja untuk bersarapan. Pada pukul 7.00 pagi banglo itu mula bising dengan suara keluarga mertuanya. Zika hanya tersenyum melihat ahli keluarga itu memenuhi meja makan tersebut. Hanya suami nya sahaja tidak kelihataan. “mana Daniel, zika?” tanya mama dengan senyuman. “Tadi masa zika turun tadi dia tengah mandi ni tak tahu la pulak. Tak pe lah mama, daddy dan adik-adik makan la dulu. Biar Zika yang panggil dia dahulu.” Kata Zika sambil bangun dari tempat duduknya itu

“Abang! mama panggil untuk sarapan” kata Syahzika sambil ketuk pintu bilik mereka. “kejap lagi aku turun” jawab suaminya itu. Ketika Syahzika hendak berpaling tiba-tiba bahunya disentuh dan melihat suaminya. “aku nak kita berlakon supaya hubungan ni dowang tak syak. Aku harap kau paham okey” kata Aiman Daniel dengan selambe di memaut pinggang isterinya itu. Syahzika Syamimi terkejut dengan situasi yang berlaku sekarang tapi di cepat-cepat menenangkan dirinya. Dia tahu mereka perlu berlakon. Sambil berjalan beriringan turun dari tangga mereka diperhatikan oleh keluarga dengan senyuman penuh makna. Syahzika Syamimi jadi malu dengan situasi tersebut. Selepas menikmati sarapan semua ahli keluarga tersebut membuat hal masing-masing. Syahzika terus kebilik kerana hendak mengemas biliknya itu ketika sedang leka dia mengemaskan bilik tidur itu tiba-tiba handponnya berbunyi menandakan mesej diterima. Dia bergegas mendapatkan handponnya itu dan membacanya. Mesej yang dihantar oleh Mastura, kawannya membuatkannya tersenyum tanpa disedari tingkah lakunya diperhatikan oleh Aiman Daniel. Tiba-tiba pintu terkuak dan Aiman Daniel muncul membuatkan senyumannya tadi tiba-tiba mati. Dia akhirnya bersuara untuk membuat hajatnya tercapai. “abang boleh tak zika nak keluar hari ni? Nak jmpe mmbr zika kat sini tadi dihantar mesej di nak jmpe dengan zika sebab kami da lame tak berjumpe. Kalau abang izinkan Zika nak reply mesej dia”.terang Syahzika Syamimi dengan panjang lebar dan dia berharap suaminya itu memberi keizinan. “kan aku da cakap, kau berhak buat ape sahaja tapi jage perangai kau sebagai isteri dan menantu keluarga ni. Kau ingat tu” kata suaminya itu sambil bebaring diatas katil. “terima kasih abang bagi keizinan. Insya-Allah saya akan jaga diri saya agar tak memalukan nama abang dan keluarga abang.” kata Syahzika Syamimi dengan gembira dan dia berlalu untuk kebawah. Sebentar lagi dia akan berjumpa dengan Mastura sudah lama dia tidak berjumpa dengan kawannya itu. Masih cantik lagi ke dia. Memang tak dinafikan bahawa Mastura itu seorang yang cantik sesuai dengan kerjayanya sebagai Model sambilan dan setiausaha di sebuah Syarikat terkenal. Setelah selesai menolong Mak Mah di dapur dia terus ke bilik untuk bersiap. Ketika hendak membuka pintu bilik, pintunya telah buka dari dalam dan melihat suaminya segak mengenakan Jean berwarna Birublack dan T-shirt berwarna putih dia agak terpegun dan cepat-cepat dia menyedarinya kerana dia sedang menghalang laluan suaminya itu. Dia ketepi memberi lalu untuk Aiman Danial. Aiman Danial sedar bahawa dirinya diperhatikan oleh Syazika Syamimi dan terus turun kebawah kerana dia telah terlewat untuk berjumpa Anis. Aiman Danial perlu cepat kerana tidak mahu buah hatinya itu merajuk. Jika merajuk dia juga yang susah kerana Anis suka merajuk lama-lama. Dia tak tahan jika Anis merajuk kerana dia akan cepat rindu dengan kekasihnya itu. Hari ini mereka merancang untuk berjalan-jalan dan menghabiskan masa bersama-sama di The Curve untuk melepaskan rindu masing-masing. Sementara itu Syazika Syamimi segera berciap untuk berjumpa dengan kawannya itu. Mereka telah berjanji untuk bertemu disebuah Shopping kompleks yang terkenal.

2 comments:

  1. macam ayat2 tu kan tak payah skema2 sangat pun tak apa. lagi mudah kalau buat yang sempoi2 je. nak baca pun senang.
    harap dapat membinalah... itu je...
    ;)

    ReplyDelete