Sepanjang perjalanan pulang ke rumah hanya suara DJ di radio sahaja yang mengeluarkan suara. Mereka lebih senang mendiamkan diri. Setibanya mereka di rumah dan Syazika syamimi ingin berlalu kebilik tangannya dicapai oleh Aiman Daniel dengan pantas. Mereka saling berpandang satu sama lain. Syazika Syamimi pelik dengan perbuatan suaminya itu. Belum sempat di melangkah tiba-tiba suaminya bersuara “dah lama ke kau kenal dengan Farish tu” tanya Aiman Daniel dengan menahan rasa dihatinya. “Zika dan dia sekampung dan kami pernah bercinta dahulu tetapi putus ditengah, ditepi dan di belakang jalan sebab dia nak bertunang. Terkejut jugak zika jumpa dia dekat sana tadi. Zika bertambah terkejut bila dia kata dia dah putus tunang.” Jawab Syahzika Syamimi berterus terang sambil berselora. “ohh patut la aku tengok kau bukan main tersenyum manis dekat dia tadi rupanya ada cerita cinta.”kata Aiman Daniel dengan wajah mencuka. Dia bertambah-tambah geram bila mengetahui mereka ini pasang bercinta dahulu. Syahzika Syamimi pelik dengan perangai suaminya itu. Melihat caranya persis orang cemburu tetapi mengapa suaminya itu perlu cemburu dengan hubungan yang terjalin antara dia dan Farish. Lagipun dia tidak pernah menghalang hubungan cintanya bersama Anis.
Tiba-tiba tangan di genggam erat oleh Aiman Daniel seakan tidak mahu melepaskannya. dia cuba melepaskan tangannya itu tetapi pautan terlalu erat dan Aiman Daniel terus memeluk dirinya. “abang sak….”belum sempat Syahzika Syanimi menghabiskan perkataannya. Bibirnya telah bercantum dengan bibir suaminya. Lama bibirnya dijamah oleh bibir lelaki itu seperti tidak mahu dilepaskan. Syahzika Syamimi menolak badan suaminya itu dengan sekuat hatinya. Tetapi hampa apabila Aiman Daniel tidak mahu melepaskannya. setelah puas menjamah bibir isterinya itu dia melepaskan Syahzika Syamimi. Syazika Syamimi terus berlalu kebiliknya dengan cepat. Air matanya mengalir ke pipi. Dia tak sangka begitu sekali tindakan Aiman Daniel. Dia merasa marah dan malu dengan kejadian itu. Dia bingkas baring diatas katil buat sementara waktu, setelah berehat seketika dia segera membersihkan dirinya dia merasa benci dengan tindakan Aiman Daniel atas perbuatannya tadi. Tidak pernah seorang lelaki menciumnya dengan sebegitu rupa.
Sungguh dia BENCI dengan situasi itu. setelah lame dia dibawah pancutan air pancut di bilik air tesebut terasa amat sejuk. Dia segera keluar dari bilik mandi dan menunaikan solat isyak. Setelah selesai Shahzika Syamimi terus ke katil sememangnya ari ni memang memenatkan dirinya. Kasut tinggi yang dipakainya menyebabkan kakinya cpt letih dan lenguh. Cukuplah sekali dia memakai kasut tinggi yang sebegitu tinggi. Dia segera membaringkan dirinya. Tanpa menunggu lama dia terlena dengan sendiri.
****p/s: sowy kalo ade 18sx,pl kew k....
sebenarnya saya pn geli....cz tak dew pengalaman..hak3....
No comments:
Post a Comment